Thursday, February 25, 2010

ingin bermanja vs sup tulang

adusss arini cam penat sket..aisha asyik merengek nak ibu dia..mujur abah dia rajin nak tolong..mmm hari ni sempat la masak SUP TULANG kegemaran suami..habis laa seperiuk sup dan nasi 4setengah pot untuk dua orang..hihih...lupe nak amik gambar..berikut adelah resipi dan cara saye masak sup tulang feveret hubby:

SUP TULANG (versi ibu|xeema)

BAHAN A (blend)
bawang merah - 4biji
bawang putih - 3biji
halia - 1inci

BAHAN B
bunga lawang - 2biji
bunga cengkih- 4biji
kayu manis - 1batang
buah pelaga - 4biji

BAHAN C
tulang rusuk (utk 3-4org mkn)
isi daging
sup bunjut
garam
bawang goreng

Cara masak:

1. isi air dalam periuk penuh(jgn penuh sangat laa)
2. dah mendidih air tu masuk la daging dan tulang ke dalam periuk
3. letak laa sudu besi dalam periuk tu sekali supaya isi daging cepat lembut
rebus dalam 1-2jam..lagi lama lg lembut..api kecik je..

4. bile rasa dah lembut daging tu..boleh la tumis bahan A (blend dulu) dan bahan B dalam kuali berasingan hingga kekunigan.(jgn lupe masuk minyak ye nak tumis tu..hehe)
5. masuk semua bahan yg d tumis tu dalam periuk daging tadi yer puan-puan..
6. masuk sup bunjut dan sedikit bawang goreng
7. letak laa garam secukup rasa...siaaapppppp

sonang aje...dan sedaaapppp..selamat mencubaaaaa~~

0 komen: